Tuesday, December 23, 2014

TONALITI (TONE) SUARA DALAM PENGUCAPAN AWAM / PENGACARAAN MAJLIS

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Baiklah, bagi entry kali ini, saya akan berkongsi dengan followers saya mengenai TEKNIK HELP'eM, yang mana saya pelajarinya daripada Encik Rizal Rashid, melalui bengkel pengacaraan majlis yang telah saya hadiri.

Penggunaan teknik HELP 'M bunyinya semacam (Helpem), ini membantu kita melenggokkan suara dan TONASI kita, supaya apabila kita membaca skrip emcee tu, tak la bunyinya keras, mendatar, bosan jer.... Dengan menggunakan teknik ini, kita akan rasa tonasi suara kita MACAM BESSTTTT JER....Unsangkarable plak kita rasa...Mungkin anda boleh mencubanya...

Ok, jom kita berkenalan dengan lebih lanjut berkaitan teknik HELP'M ini.

H - HIGH : 
Bagi mendapatkan perhatian audien, juga bagi meminta tepukan hadirin dengan cara tanpa meminta untuk berbuat demikian.

Contoh: Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014!!! 


E - EMPHASIZE:
Bagi memberikan PENEKANAN kepada sesuatu perkara; 
Memberikan penekanan ditempat – tempat tertentu supaya menunjukkan poin yang lain  seperti di penyambung ayat.

Contoh: "Walaupun", "Dan", " Seterusnya" serta: "Pemenang di tempat pertama akan memenangi wang tunai sebanyak LIMA RATUS RINGGIT!!!
(baca dengan penuh excited (emphasize ayat LIMA RATUS RINGGIT tu), walaupun, hadiahnya 
rm500 JER PUN....Pasti audien akan berikan tepukan gemuruh...cuba try, kalau tak percaya...

L - LOW:
Digunakan di awal atau akhir ayat
Juga digunakan untuk menunjukkan moral of the story....

P - PAUSE:
Pause ni ada 2 iaitu SUPER FAST dan STACATO STOP.

Super Fast ni, ayatnya dibaca dengan laju 5-6 perkataan dalam satu nafas dengan cepat-cepat....
Contoh: "Para hadirin yang dihormati sekalian/... kini/, tibalah masa yang dinanti-nantikan/"

Stacato Stop: Merujuk kepada pause yang kita berikan kepada ayat penghubung iaitu satu perkataan sahaja.
Contoh: "Para hadirin yang dihormati sekalian/... kini/, tibalah masa yang dinanti-nantikan/"


eM - MEDIUM

Membacanya dengan bersederhana sahaja..jangan baca dengan "over" sangat la..biar mendatar jer.


Terdapat empat (4) TONALITI SUARA yang boleh digunakan oleh seseorang pengacara majlis iaitu:

1. HIKE - Menaik  (gunakan ton ini ditempat tertentu sahaja untuk menarik perhatian)

2. FLAT - Mendatar (untuk ayat-ayat biasa yg tiada penekanan)

3. LOW - Menurun ( bagi situasi sedih, suram,)

4. ARCH- Arca ( gelombang naik turun , supaya suara jadi mellow)

Sekian dulu perkongsian saya...jumpa lagi. Semoga anda dapat memanfaatkannya.

No comments:

Post a Comment