Entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman mengacarakan majlis yang dihadiri oleh tetamu VVIP atau pemimpin utaman negara iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia.
Alhamdulillah saya pernah diberi peluang untuk mengacarakan majlis yang dihadiri oleh Yang Amat Berhotmat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Sambutan Hari Penjaja Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Adalah bukan sesuatu yang mudah untuk mengendalikan atau mengemudikan majlis yang dihadiri oleh tetamu VVIP apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang mana turut dibanjiri ribuan tetamu. Memang perasaan gemuruh tetap akan ada namun, banyak tip yang saya boleh kongsikan dalam entry saya yang akan datang, insyaallah. Namun, kena pandai-pandai lah menangani perasaan gemuruh itu.
Disini saya kongsikan beberapa moment sepanjang majlis tersebut berlangsung. Termasuklah gambar semasa Pelancaran Skim Pinjamaan i-Bazaar oleh Bank Rakyat yang diperkenalkan kepada peniaga semasa Bulan Ramadhan.
GAMBAR SEPANJANG MAJLIS PELANCARAN SKIM BAZAAR RAMADHAN









No comments:
Post a Comment