Sunday, June 14, 2015

Majlis Persandingan di Dewan Perdana Felda

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah , hari ini...14 Jun 2015 (Ahad) telah berjaya menjayakan Majlis Persandingan Mempelai Raja Sehari di Perdana Grand Ballroom, Dewan Perdana Felda.

Sungguh GAH dewan Felda ini, dan saya rasa bangga kerana dapat bersama menjayakan majlis ini sebagai Pengacara Majlisnya, walau bersendirian.

Terima kasih kepada tuan rumah, Encik Saidi di atas kepercayaan yang diberikan.

Wednesday, May 20, 2015

TIPS #1 PENGACARAAN MAJLIS

TIPS PENGACARAAN MAJLIS

Kebarangkalian kecacatan dalam pengendalian pengacaraan majlis.

Kebiasaan majlis rasmi kerajaan yang dihadiri YB Menteri atau KSU akan diakhiri dengan sesi sidang media. Namun kebarangkalian atau kemungkinan sesi sidang media DIBATALKAN namun TIDAK DIMAKLUMKAN kepada pengacara.

Ini mungkin Floor Manager terlupa atau cuai. Jika emcee telah memaklumkan kpd audien, namun dicantas secara tiba tiba oleh pihak (komunikasi korporat), ia akan mencacatkan majlis.

Jadi tips saya: Sila semak dengan FM atau UKK untuk pastikan sesi sidang media akan diadakan atau tidak.

Wednesday, April 29, 2015

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS " EMCEE HEBAT"

Jabatan anda berminat untuk menganjurkan Bengkel Pengacaraan Majlis dengan kos yang minimum dan bersesuaian?

BOLEH HUBUNGI SAYA , ENCIK MANN di talian 0192233756.

Tuesday, December 23, 2014

TONALITI (TONE) SUARA DALAM PENGUCAPAN AWAM / PENGACARAAN MAJLIS

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Baiklah, bagi entry kali ini, saya akan berkongsi dengan followers saya mengenai TEKNIK HELP'eM, yang mana saya pelajarinya daripada Encik Rizal Rashid, melalui bengkel pengacaraan majlis yang telah saya hadiri.

Penggunaan teknik HELP 'M bunyinya semacam (Helpem), ini membantu kita melenggokkan suara dan TONASI kita, supaya apabila kita membaca skrip emcee tu, tak la bunyinya keras, mendatar, bosan jer.... Dengan menggunakan teknik ini, kita akan rasa tonasi suara kita MACAM BESSTTTT JER....Unsangkarable plak kita rasa...Mungkin anda boleh mencubanya...

Ok, jom kita berkenalan dengan lebih lanjut berkaitan teknik HELP'M ini.

H - HIGH : 
Bagi mendapatkan perhatian audien, juga bagi meminta tepukan hadirin dengan cara tanpa meminta untuk berbuat demikian.

Contoh: Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014!!! 


E - EMPHASIZE:
Bagi memberikan PENEKANAN kepada sesuatu perkara; 
Memberikan penekanan ditempat – tempat tertentu supaya menunjukkan poin yang lain  seperti di penyambung ayat.

Contoh: "Walaupun", "Dan", " Seterusnya" serta: "Pemenang di tempat pertama akan memenangi wang tunai sebanyak LIMA RATUS RINGGIT!!!
(baca dengan penuh excited (emphasize ayat LIMA RATUS RINGGIT tu), walaupun, hadiahnya 
rm500 JER PUN....Pasti audien akan berikan tepukan gemuruh...cuba try, kalau tak percaya...

L - LOW:
Digunakan di awal atau akhir ayat
Juga digunakan untuk menunjukkan moral of the story....

P - PAUSE:
Pause ni ada 2 iaitu SUPER FAST dan STACATO STOP.

Super Fast ni, ayatnya dibaca dengan laju 5-6 perkataan dalam satu nafas dengan cepat-cepat....
Contoh: "Para hadirin yang dihormati sekalian/... kini/, tibalah masa yang dinanti-nantikan/"

Stacato Stop: Merujuk kepada pause yang kita berikan kepada ayat penghubung iaitu satu perkataan sahaja.
Contoh: "Para hadirin yang dihormati sekalian/... kini/, tibalah masa yang dinanti-nantikan/"


eM - MEDIUM

Membacanya dengan bersederhana sahaja..jangan baca dengan "over" sangat la..biar mendatar jer.


Terdapat empat (4) TONALITI SUARA yang boleh digunakan oleh seseorang pengacara majlis iaitu:

1. HIKE - Menaik  (gunakan ton ini ditempat tertentu sahaja untuk menarik perhatian)

2. FLAT - Mendatar (untuk ayat-ayat biasa yg tiada penekanan)

3. LOW - Menurun ( bagi situasi sedih, suram,)

4. ARCH- Arca ( gelombang naik turun , supaya suara jadi mellow)

Sekian dulu perkongsian saya...jumpa lagi. Semoga anda dapat memanfaatkannya.

Monday, December 22, 2014

PERKONGSIAN MAKLUMAT BERKAITAN PENGUCAPAN AWAM

Assalamualikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi mengenai tip dan info berkaitan dengan pengucapan awam. Siapa suka bercakap atau berucap di depan umum atau juga di sebut juga sebagai Pengucapan Awam? Mesti ramai yang menolak kan?

Memang...ia bukannya sesuatu yang mudah untuk berdiri di hadapan dan membuat pengucapan awam, yang mana ia termasuklah pembentangan (presentation) sesuatu proposal, hasil kerja dan sebagainya, termasuklah mengacarakan majlis. TETAPI, walaupun ia bukan mudah, tetapi ia BUKANLAH SESUATU YANG MUSTAHIL.

Kita semua boleh melakukannya, dengan SEDIKIT KEBERANIAN DAN KEYAKINAN. Ermm....keberanian dan keyakinan lah yang susah nak "datang" tu. hahaha..Tak mengapa, pengucapan awam ini boleh dilatih. Memang tak semua antara kita, lahir-lahir je, mampu berucap di hadapan khalayak. Ia memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri untuk berada di depan dengan pendedahan, latihan dan ulangan melakukan perkara itu.

Saya telah menghadiri Seminar Now Everyone Can Speak yang dianjurkan pada 13 Disember 2014 (Sabtu) yang lalu bertempat di MATRADE, Kuala Lumpur. Antara barisan penceramah yang memberikan perkongsian ilmu dalam seminar ini adalah Datuk Aznil Haji Nawawi @PakNil, Rizal Rashid, Annshafera, Dato' Aliff Sukri (Terlajak Laris), Fara Fauzana (HotFM) dan Amin Idris (TV Al Hijrah).


Antara barisan penceramah


Bersama Encik Rizal Rashid


Dalam taklimat Encik Rizal Rashid, beliau menjelaskan ada 3 KOMPONEN DALAM KOMUNIKASI iaitu :

     i. Word (Perkataan) - 7%
     ii. Tone Suara          - 38%
     iii. Emosi  (Body Language) - 55%

UNTUK MAKLUMAN, 3 KOMPENEN INI LAH YANG MENJADIKAN KOMUNIKASI KITA LEBIH BERKESAN.


Manakala dalam komunikasi ini, terdapatr 6 ELEMEN penting iaitu;
 i. Sender (penyampai)
ii. Mesej (mesej yang ingin disampaikan kpd pendengar)
iii. Receiver (audien)
iv. Channel (Saluran penyampaian)
v. Feedback
vi. Noise (gangguan dalam komunikasi)

Semasa berucap atau berada di hadapan khalayak, antara tip yang diajarkan adalah..JANGAN TUTUP POWER ZONE iaitu:

i. Halkum
ii. Belly button (pusat); dan
iii. Private Part area

Manakala semasa berdiri , ada dua (2) cara iaitu SENANG DIRI (Fat Candle) atau SEDIA (Thin Candle). Kedudukan posisi ini memberikan keyakinan kepada kita semasa berada di hadapan khalayak.

Pastinya semasa kita berucap, pastinya kita akan bergerak bukan? Jadi terdapat 4 kaedah pergerakan yangboleh dibuat atau dirancangkan iaitu:

 i.  monospot (berada di satu satu tempat)
ii.  pasing (bergerak sekerat-sekerat) - jangan mundar mandir yer...buruk nampaknya nanti
iii. moving with purpose( sbg contoh, dengan mendapatkan feedback penonton dengan menghala mic kepada mereka); dan
iv. circling


OK lah...nanti saya sambung lagi  perkongsian saya...Wassalam.






Sunday, December 21, 2014

MENGACARAKAN MAJLIS YANG DIHADIRI YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman mengacarakan majlis yang dihadiri oleh tetamu VVIP atau pemimpin utaman negara iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia.

Alhamdulillah saya pernah diberi peluang untuk mengacarakan majlis yang dihadiri oleh Yang Amat Berhotmat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Sambutan Hari Penjaja Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Adalah bukan sesuatu yang mudah untuk mengendalikan atau mengemudikan majlis yang dihadiri oleh tetamu VVIP apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang mana turut dibanjiri ribuan tetamu. Memang perasaan gemuruh tetap akan ada namun, banyak tip yang saya boleh kongsikan dalam entry saya yang akan datang, insyaallah. Namun, kena pandai-pandai lah menangani perasaan gemuruh itu.

Disini saya kongsikan beberapa moment sepanjang majlis tersebut berlangsung. Termasuklah gambar semasa Pelancaran Skim Pinjamaan i-Bazaar oleh Bank Rakyat yang diperkenalkan kepada peniaga semasa Bulan Ramadhan.








GAMBAR SEPANJANG MAJLIS PELANCARAN SKIM BAZAAR RAMADHAN






PENGACARAAN MAJLIS DI MAJLIS RISEPSI PERSANDINGAN ERWAN DAN DIYANA

Assalamualaikum W.B.T.

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Minggu lepas, pada tanggal 20 Disember 2014 (Sabtu), saya telah dijemput untuk mengacarakan majlis persandingan mempelai di antara Erwan dan Diyana bertempat di Dewan Sri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.

Alhamdulillah, mejlis berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang harapkan.  Berikut dikongsikan bersama antara moment sepanjang majlis berlangsung.

















Terima kasih kepada YBhg. Dato' Zaidon bin Haji Asmuni kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengemudi majlis ini sehingga dapat dijayakan dengan sebaiknya.